BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Friday, February 26, 2010

Tentang Kenangan Terindah Bersama Si Dia & Mereka !

Hello kawan-kawan. kali ini aku nak ceritakan tentang kenangan terindah aku bersama si dia (awek aku la), dan mereka (kawan - kawan aku) huhuhuhu. cerita ini berlaku pada 24/11/2009. x lama dan xde lah baru sangat.


Cerita ini bermula apabila aku terima SMS dari dayang a.k.a awek aku.

dayang :
cyg, bosan la. pe kata kita kuar ari nie. kita g gunung ledang, then kita terus g karoke kat segamat? macam mana? kita ajak la kawan2 kita yg lain. pasal duit minyak jgn risau. ayg support. huhuhuhuhhu.


hmmm. aku terus kata on jela. dah alang-alang xde wat apa time tu. nak-nak tengah cuti sem.
So aku pun terus start plan ngan member-member (fateen, akim, syikin) aku dan awek aku juga. Plan pertama kitaorg nak mandi manda kat gunung ledang. setiap daripada kami kena bawak makanan masing-masing. then kita kumpulkan makanan tu sekali. aku bawak burger jer time 2. x banyak pon. dalam 20 bijikkkkkkkkkk ar jugak. ada yang bawak bihun, nasi goreng, goreng pisang dan macam-macam lah lagi. banyak kan makanan? padahal tujuan utama nak menikmati air terjun kat gunung ledang jer. hahahahahaha.

So, nak dipendekan cerita, aku bersiap-siap dalam pukul 10 pagi. Pastu fateen datang kat rumah aku dengam membawa tikar and makanan yang banyak. SUMPAH kelakar aku tgk dia. excited gilerrrrr ar. hahahaha. Em, kul 11pg aku dengan fateen berangkat ke stesen minyak untuk mengisi minyak. Ala isi RM30 jer. Lepas aku isi minyak, aku berangkat pergi ke umah awek ku. Setibanya di sana, aku lihat awek aku terpacak kat depan pintu rumahnya dengan muka yang riang gumbiranya menanti kehadiran aku bersama ibunya. Aku dengan muka SLUMBERRR nya turun kereta dan terusss jer salam ibunya sambil bertanya khabar ibunya. Aku meninta izin ibunya untuk membawa anaknya (awek aku la) pergi ke gunung ledang. Ibu awek aku nie sporting skit. dia bagi jer. dia taw aku nie baik. so dia x bape nk kesah ar. hahahaha. actually baikah aku? hanya TUHAN saja yang tahu...hihihi...



Selepas aku jemput awek aku. Aku meneruskan perjalanan menjemput kawan ku yang bernama AKIM. Alaaaa...rumah dia selang 4 buah rumah jer dari rumah awek aku. Tapi still nak suruh aku jemput dia kat rumah dia. Katanya dia bawak banyak barang. Aku pun dengan rasa nak tanak jer terus memecut keretaku ke rumahnya. sampai2 kat rumah AKIM, aku tengok dia berlengang jer, x banyak pon barang yang dia bawa. dia hanya membawa 1 beg plastik yang berisi NASI GORENG berama CD lagu INDIE BAND! katanya baru beli CD tu. Arghhhh lantak ko laa AKIM...huhuhuhuhuhu...



Tanpa membuang masa yang sudah sedia terbuang tu...Aku meneruskan perjalananku ke gungung ledang. Perjalanan ke sana mengambil masa lebih kurang 40 minit dari rumah aku. Xder laaa jauh sangat gunung ledang ngan umah aku kan. hahaha. sebelum masuk ke Gunung Ledang kitaorg kena bayar tiket masuk dan tiket parking kereta terlebih dahulu. seorang kena dalam RM1 ar. cuma parking kereta je RM2.50. selepas sattle bab-bab pembayaran nie. aku terus mencari parking lot yang strategik supaya kereta kesayangan ku nie x kena panas terik. syg jugak aku kat kereta aku nie kan? hahaha. after parking. aku ngan team-team aku nie pon kuar ar segala isi perut yang ada dalam kereta. dengan muka yang SELUMBERRR kiteorg memikul barang-barang picnik nie ke atas. Perjalanan yang kami lalui xder laaa penat mana pon. cuma peluh jer yang banyak meniti di segenap badan ( penat la tu) huhuhuhu...



apabila sudah sampai di tempat yang ingin dituju. kitaorg mencari port yang baik punyaaaaa...dan makanan yang dibawa dibentang disitu...BESTTTT wo0o0o0o0!!!!
selesai menyediakan makanan kitaorg terus serbu air gunung 2...SEJUKKKK...tapi SYOKKK hahahaha...lama jugak laaa kita org mandi mada...dalam 3/4 jam juga laaa...lepas mandi, abis makanan kitaorg sapu..maklumlahhh tengah-tengah sejuk nie..perut pon lapar kan...


dalam pukul 4 or 5 petang. aku pon x ingat sangat. KAMI bersiap-siap untuk pergi ke segamat. kitaorg nk karoke plak... aku x reti nak karoke2 nie. sbb suare aku sedap sangat ( sebaliknya )...xpe...aku follow jer..dorg yang bayar...hahahahaha =p


kat bawah nie ada gambar masa kita org kat gunung ledang. Enjoy k!!!!


Gambar AKIM, AKU & my sweet friend FATEEN! LOVE them!

this picture snap by my LOVLY DAYANG :)



Gambar aku ngan akim!
kami KAWAN!

time nie tengah siap-siapkan makanan !
sweet memories!



nie gambar aku ngan awek aku! BEST!
I LOVE THIS PART!


Dalam pukul 5.00pm aku dan geng-geng aku meneruskan perjalanan ke Segamat,Johor untuk singgah sebentar di Mirvana untuk karokkk sekejap. Opss bukan sekejap tapi lama jugak laaa...sampai nk pecah gegendang telinga aku mendengar nya. huhuhuhu. perjalanan untuk ke Segamat mengambil masa lebih kurang 45 minit jugak laa... hurmmmm...sesudah sampai ke Mirvana. aku mencari parking. agak susah jugak la nk parking sebab banyak pulak kereta time tuu.. haishhhhh tension aku...
Aktivi karoke di mulakan oleh Fateen & Akim. dorg nie memang kaki karokkk. so, kiteorg bagi lah peluang kat diorg. Bingit gilaaa dalam K-BOX nie. Suaraa dorg KOMPM2 ar x sedap macam suara aku. hahahaha. tapi sebagai member yang baik, aku layan kan aja. hahahahah. pas dorg nyanyi, awek aku plak sambung. fuyo0o0o0o0 x sangka aku. dah ar dedikasikan kat aku. merah padam gak ar muka aku time 2. MALLLLLLLLLLLLLLLUUUUUU beb! huhuhuhu. tapi aku kontrol macho jugak time 2. aku rasa kalo korg ada kat tempat aku time tu. msti korg rasa apa yang aku rasa kan? hahaha. suara awek aku leh laa tahan tp x de ar sedap mcm suara CT tu. tp aku still puji dia yang suara dia sedap gilaa babi mengalah kan ct nurhaliza ( ciss ayat manis la katakan). biasa ar org yang tengah bercinta. semua nampakkk best jer. hihihihi.
KAMI karokkk sampai pukul 9 malam laa jugak. then kami g shopping sikit-sikit. budak-budak nie cakap nak beli barang. aku pon follow jer. kat sebalah tempat karoke jer pun. then, pas abis beli barang. awek aku ajak g kedai ROTI & KEK (bakery). aku ikut jer kerenah awek aku ( dalam ati aku : x penat-penat ker dia nie) hahahaha. sampai kat kedai kek. awek aku suruh aku ngan AKIM tunggu kat kereta. jangan masuk. nie hal pompuan. dorg yang cakap macam tu. walhal aku memang malas nak masuk pon. letih time tu...
After that, awek n member-member aku ajak g dataran SEGAMAT. dorag gtaw aku yang dorg nak ambik gambar kenangan kat situ. dalam hati aku. jakunnn gak dorg nie. huhuhuhuhu. yela, aku dah selalu g. sebab umah aku dekat segamat dulu. huhuhhuhu.
korg taw x yang dorg plan apa sebenarnya???? dorg plan sambut BESDAY aku yang ke 19 tahun kat dataran segamat. Fulamaakkkk.. terharu gile aku. aku pon lupa yang 24/11/2009 adalah BESDAY aku yang ke 19 tahun. hihihihihi. Mereka siap nyanyikan lagu HAPPY BESDAY kat aku. BESTTTTT x10000000. Tu lah kenangan terindah aku. ABIS kitaorg sental kek time tu. walaupon kek tu kecik. tapi amat bermakna bagi aku dan kawan-kawan serta awek aku.
THANKS A LOT MY DEAR : DAYANG NUR AIN BINTI NORDIN serta kawan-kawan ku yang lain iaitu FATEEN,AKIM,SYIKIN ( syikin nie adaik awek aku, dia sempoi giler) ....
Abis sambut BESDAY aku. kami pon menyambung perjalanan untuk balik rumah. tapi kami singgah makan-makan dan minum-minum dekat stesen kereta api di GEMAS,N.Sembilan. tempat tu famous laa jugak. walaupon kecik. tapi slalu masuk TV tuuu... hahahahahaha. I think that all for not.
bawah nie aku sertakan sekali gambar-gambar yang berkaitan. thanks for read my story! bubye for now! adios!

Gambar nie di ambil oleh AKIM masa aku drive nak ke SEGAMAT!
Sempat lagi tu posing! muhahahahaha!


Nie pulak gambar masa tengah KAROK di K-BOX segamat!
sorry, gambar x cantik sebab dalam gelap time tu!



Nie la BESDAY kek aku yang dorg bagi kat aku...
thanks tu my honey!
LOVE U SO MUCH!

fateen menyuap kek kat akim...!

perghhh! padahal besday aku tu! huhuhuhu..



aku sayang gila kat MEREKA!
gambar kat dataran SEGAMAT!
tambahan :
  1. Kalau sesiapa yang ajak korg kuar time BESDAY korg. mesti dorg ada plan sumting tu.
  2. kita mesti puji apa yang awek kita buat walaupon benda tu x best sebenarya. hahaha.
  3. Hargai lah apa yang org dah buat untuk kita k..
  4. sayangilah rakan,teman & awek anda! kerana mereka menyayangi diri andai!
  5. bergembiralah pada hari kelahiran anda, kerana ia setahun sekali sahaja! huhuhuhu :)
  6. SMILE ALWAYS :)

0 comments: