BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Wednesday, October 13, 2010

ego lagi menebal dari CINTA :)

ego is useless :)

Dia terlalu sayangkan aku.
Itu yang aku sangat pasti.
Atas sebab itu aku rasa
terlalu selesa kerana aku
yakin dia tak kan

meninggalkan aku. Dia
sanggup mengetepikan
kepentingan diri sebab nak
menjaga hati aku. Sering
aku biarkan dia memujuk
dirinya sendiri bila dia
merajuk. Buat apa aku nak
pening-pening pujuk dia
kalau dia sendiri akan
kembali padaku dan
meminta maaf atas
keterlanjuran sikapnya
sendiri. Sebarang
perselisihan, dia yang akan
mengalah dan dia akan
menyalahkan dirinya sendiri
walaupun jelas memang
salahku.

Dia wanita yang rela
berkorban apa sahaja
kecuali satu, dia tak mahu
dirinya disentuh sebelum
kami memiliki ikatan yang
sah . Dan atas sebab yang
satu itu aku rasa dia
perempuan yang
membosankan.

Nak pimpin
tangan pun tak boleh.
Apatah lagi nak peluk. Ada
pun bergesel bahu itu pun
sebab aku yang sengaja.
Sampai satu tahap aku rasa
dia sangat membosankan.
Aku cemburu tengok
kawan-kawan aku boleh
pegang tangan awek
diorang. Tapi aku? Bila aku
cakap macam tu, dia cuma
senyum dan cakap pada
aku, “Belum tentu
perempuan yang sentuh
boyfriend dia tu sayang
boyfriend dia lebih dari
saya sayang awak … Belum
tentu perempuan tu ada
masa susah senang
boyfriend dia macam saya
ada untuk awak …

Yang nyata, aku langsung
tak setuju jawapan dia tu.
Aku tengok pasangan lain
bahagia, sudah tentu
girlfriend kawan-kawan aku
sayangkan mereka sebab
girlfriend masing-masing
membelai kawan-kawan
aku dengan penuh kasih
sayang. Tapi aku? Jangan
harap. Balik-balik jawapan
yang sama. Tunggu lepas
kahwin. Aku bosan tahu
tak! Sampai satu masa aku
dah tak tahan lagi. Aku
minta kami berpisah. Aku
nampak air matanya
berlinang tapi sikit pun aku
tak rasa kasihan.
“Mungkin kita tak ada
jodoh. Awak lelaki yang
baik. Awak berhak dapat
perempuan yang lebih baik.
Saya nak awak janji dengan
saya satu benda, untuk kali
terakhir. Satu hari nanti
bila awak jatuh cinta dan
awak betul-betul sayangkan
dia, hargai perempuan tu.
Mudah-mudahan
perempuan tu akan sayang
awak, terima awak
seadanya, hormati awak
sebagai lelaki dan yang
paling penting bahagiakan
awak. Saya akan bahagia
tengok awak bahagia, ” tu
kata-kata terakhir dia
untuk aku. Dia senyum
walaupun air mata
berlinang.

Argh! Tak habis-habis nak
tunjuk mulia. Bosanlah
dengan perempuan macam
ni. Malas aku menghadap
dia lama-lama. Cepat-cepat
aku nak blah dari situ. Tiba-
tiba ada bunyi hon dan
sedar-sedar aku sudah
tersungkur di seberang
jalan. Satu dentuman yang
kuat bergema dan aku lihat
dia terbaring di hadapan
sebuah kereta. Dia
selamatkan aku! Lelaki yang
dah menyakitinya! Darah
membuak-buak keluar dari
kepalanya. Ambulans
datang dan membawa aku
dan dia pergi.

Di hospital keadaan kelam
kabut. Dia perlu dibedah
segera kerana kecederaan
teruk di kepala. Ramai
kawan-kawan dan
keluarganya turut ada
sama. Aku tengok seorang
wanita yang hampir sebaya
ibuku menangis. Mungkin
ibu dia. Mengalirnya air
mata seorang ibu kerana
aku. Rasa bersalah
menimpa aku.

Aku dah
sakiti dia tapi dia rela
berkorban nyawa untuk
aku. Aku berdoa semoga
dia selamat. Semoga aku
sempat meminta maaf.
Semoga masih ada ruang
dalam hati dia untuk aku.
Dia sangat baik. Aku tak
mahu kehilangan dia. Dia
ikhlas sayangkan aku.

Selepas beberapa jam
pembedahan selesai. Dia
berada di dalam ICU. Dia
koma, tapi doktor kata dia
masih mampu mendengar.
Tiba-tiba seorang kawannya
menghampiri aku.
Kawannya menghulurkan
sesuatu. “Aku rasa benda ni
dia nak bagi pada kau,”
hanya itu yang gadis itu
ucapkan pada aku.

Kawannya terus berlalu
selepas itu. Pandangan
kawannya pada aku penuh
benci. Tahukan kawan dia
tentang kejadian sebenar?
Yang nyata aku tak pernah
mahu berbaik dengan
kawan-kawan dia. Pernah
juga dia bersuara tentang
hal itu tapi aku sekadar
buat tak tahu.

Pulang sahaja aku buka
bungkusan itu. Pasti hadiah
untuk hari lahirku. Hari
lahirku dua minggu lagi.
Balutan kertas itu kubuka
dan di dalamnya ada botol
kaca berbentuk hati. Di
dalam botol itu penuh
dengan origami berbentuk
bintang. Ada kad kecil
berwarna biru
kegemaranku. Aku sebak
membaca bait-bait dalam
kad itu.

“Dalam origami bintang ni
ada kata-kata saya untuk
awak. Awak buka setiap
hari SATU sahaja. Mungkin
saya tak dapat nak hubungi
awak setiap hari sebab
kesibukan kerja. Tapi, bila
awak baca setiap hari,
anggaplah setiap hari saya
berhubung dengan awak.
Saya nak awak tahu setiap
masa awak ada dalam hati
saya. Happy Birthday
sayang…”

Aku buka botol kaca
berbentuk hati itu dan
kuambil satu bintang.
Kubuka origami itu dan di
dalamnya tertulis, “Love is
like a poisonous
mushroom. You don’t know
if it is the real thing until it
is too late.. ” Aku tersenyum
sendiri. Aku buka lagi
bintang yang seterusnya.
Walaupun dia meletakkan
syarat satu hari cuma satu.
Di dalam semua origami itu
penuh kata-kata
semangatnya untuk aku
dan suara cintanya yang
ikhlas. Demi Allah,
sepanjang aku bergelar
lelaki dewasa, inilah
pertama kali aku menangis
semahunya. Air mata aku
tak berhenti mengalir
sepanjang membaca kata-
kata dalam origami itu
sehingga habis semuanya
kubaca. Aku telah
menyakiti seorang wanita
yang luhur.

Aku melawatnya di
hospital. Walaupun
mukanya penuh calar,
bibirnya pucat dan
kepalanya berbalut, dia
tetap cantik di mata aku.
Dia bukanlah wanita yang
memerlukan make up tebal
kerana dia memiliki
kecantikan asli. Atas sebab
itu aku menghalangnya
terlalu rapat dengan mana-
mana lelaki kerana gusar
jika ada yang tertarik. Dia
sekadar menurut. Demi
menjaga hati aku. Aku
capai tangannya yang
berselirat dengan pelbagai
wayar yang aku pun tak
tahu. Sejuk tapi betapa
lembutnya tangannya.
Pertama kali aku
menyentuhnya.

Aku bisikkan ketelinganya,
“ Sayang..saya datang…
Cepatlah sedar. Saya
rindukan awak. Saya
banyak bersalah pada
awak. Saya minta maaf,”
pertama kali aku minta
maaf darinya. Tiba-tiba
denyutan nadinya jadi tidak
menentu. Aku panic.
“Hei, apa yang kau dah
buat pada dia? Tak cukup
kau sakiti kawan aku ?”
jerkahan kawannya
mengejutkan aku. Doktor
dan beberapa jururawat
bergegas masuk dan aku
diminta keluar.

Setiap hari aku berdoa
supaya dia cepat sembuh,
cepat sedar. Aku gusar
sekiranya Allah mengambil
nyawanya. Bukan aku tidak
redha dengan ketentuan,
aku sedar aku masih
perlukan dia. Aku
sayangkan dia. Genap dua
minggu, aku mendapat
berita dia sudah sedar. Aku
bersyukur. Inilah hadiah
hari lahir yang paling
bermakna untuk aku. Dia
juga sudah dipindahkan ke
wad biasa. Aku mahu
melawat dia. Aku rindu
senyuman dia.

Aku mendapat panggilan
telefon yang meminta aku
mengambil tempahan.
Namun kerana terlalu
gelojoh, aku terlanggar
botol kaca bentuk hati
pemberian dia. Ah,
semuanya akan aku
uruskan nanti. Aku biarkan
serpihan kaca bertaburan
di lantai.

Tak sangka dia menempah
kek khas untuk aku. Dia
atas kek itu tertera
bahagian belakang jersi
pasukan bola sepak
kegemaranku, Arsenal
berserta namaku dan
nombor kegemaranku. Aku
senyum sendiri. Bahagianya
aku.

“Abang bertuah. Girlfriend
abang cakap dia tak tahu
apa-apa fasal bola. Dia
cuma tahu pasukan apa
yang abang minat dan
nombor yang abang suka.
Sebab tu dia tempah kek ni
khas untuk abang dan
minta abang ambil sebab
dia nak buat surprise. Dia
cakap
dia nak makan kek ni
dengan abang. Kakak tu
cantik, baik pulak tu.
Abang kirim salam pada
akak ya? Abang jaga akak
tu elok-elok, ” ramah gadis
yang bekerja sebagai
juruwang di kedai itu
memberitahuku. Aku
senyum sepanjang jalan ke
hospital.

Sampai di hospital aku lihat
dia sedang duduk di atas
katil. Tiada sesiapa
bersamanya. Dia sekadar
termenung. Aku senyum
padanya. Dia seakan
terkejut melihat aku
datang. Aku terfikir juga,
boleh ke orang sakit makan
kek? Tapi kan dia nak
makan kek ni dengan aku.
“Sayang.. terima kasih kek
ni. Saya happy sangat awak
dah sedar. Adik cashier
kedai tu kirim salam pada
awak. Dia cakap awak nak
makan kek ni dengan saya.
Saya suapkan ya ?” aku
suakan sudu pada dia. Tapi
sesuatu yang aku tak
pernah duga, dia tepis
tangan aku sampai sudu
terpelanting ke lantai. Dia
tak pernah kasar dengan
aku. Dia selalu melayan aku
dengan lembut. Aku pernah
cuba pegang tangan dia
pun dia tolak dengan baik.
Mungkin dia terlalu terluka
dengan aku.

“Baliklah. Saya makin sakit
tengok awak. Bawak balik
kek tu sekali. Saya tak nak
tengok apa-apa berkaitan
awak lagi, ” pantas dia
menarik selimut menutup
muka. Aku terkedu sendiri.
Dia tak mahu pandang aku
lagi. Hati dia dah tertutup
untuk aku. Dia tak pernah
macam ni. “Baliklah. Saya
makin sakit tengok awak.
Bawak balik kek tu sekali.
Saya tak nak tengok apa-
apa berkaitan awak lagi, ”
pantas dia menarik selimut
menutup muka. Aku
terkedu sendiri. Dia tak
mahu pandang aku lagi.
Hati dia dah tertutup untuk
aku. Dia tak pernah macam ni.

Selang beberapa hari, aku
datang lagi tapi katil dia
sudah kosong. Aku risau
jika apa-apa yang buruk
berlaku padanya. Dari
jururawat aku tahu dia
sudah dibenarkan pulang
kerana keadaanya sudah
stabil.

Tapi yang
mebuatkan jantung aku
hampir gugur bila jururawat
itu memberitahu dia masih
menjalani rawatan susulan
dan terapi kerana dia
lumpuh. Dia lumpuh kerana
aku!
Itu semua tiga tahun yang
lalu. Sejak kejadian tu aku
tak pernah jumpa dia lagi.
Tahu apa-apa khabar berita
pun tidak kerana aku
memang tak pernah nak
berbaik dengan kawan-
kawannya. Walaupun sudah
tiga tahun tapi aku masih
merinduinya. Aku tak
jumpa wanita yang mampu
menyayangi aku lebih dari
dia. Ah, panjangnya
menung aku sampai nasi di
hadapan mata sudah
hampir dingin.

Baru aku hendak menyuap
makanan ke dalam mulut,
mataku terpaku pada satu
wajah yang duduk selang
beberapa meja dari aku.
Dia? Aku pasti tu dia.
Senyum dia masih sama.
Tapi keadaan tidak lagi
serupa. Dia sedang makan
bersama lelaki lain.
Sesekali aku lihat dia
mengusap perutnya. Dia
mengandung. Maknanya
dia sudah kahwin. Dan aku
lihat lelaki yang juga makan
di sebelahnya mengusap-
usap tangan dia. Pasti itu
suaminya. Dan aku sedar
aku tak setanding suaminya
sebab lelaki itu kelihatan
lebih serba-serbi dari aku.
Air mataku rasa ingin
mengalir. Senyuman mahal
milik dia yang dulu cuma
untuk aku kini khas buat
lelaki lain.

Suaminya lelaki bertuah. Itu
aku tak nafikan. Cuma
suaminya yang dapat
menyentuhnya. Cuma
suaminya yang dapat
melihat apa yang
terlindung. Dan aku sangat
pasti, cuma suaminya yang
mendapat takhta paling
agung dalam hatinya yang
suci.
Dia seperti botol kaca
berbentuk hati yang pernah
diberikan padaku dulu.
Botol itu sudah pecah,
namun aku sudah ganti
dengan yang baru. Yang
sama tapi tak serupa. Botol
yang lama dipilih oleh dia
dan yang baru dipilih oleh
aku. Walapun aku masih
menyimpan serpihan kaca
botol itu, bentuknya tak
lagi sama macam dulu. Dan
sangat mustahil untuk
kembali seperti dulu.
Pesanan buat semua lelaki,
hargailahwanita yang
menyayangi kamu. Jangan
jadi macam aku. Matanya
sangat cantik tapi aku
selalu biarkan dia
mengalirkan air mata
dengan perbuatanku.
Hidungnya yang kecil dan
comel selalu aku sesakkan
dengan asap rokokku
walaupun aku tahu dia tak
suka dan asap rokok boleh
buat dia sakit kepala.
Bibirnya sangat indah tapi
aku selalu biarkan bibir itu
tersenyum paksa kerana
mangalah dengan setiap
kemahuanku. Telinganya
aku tak pernah nampak,
terlindung, tapi telinga itu
sering aku biarkan
menerima segala marahku.
Hatinya sangat lembut, dan
aku selalu toreh dengan
belati tajam dan aku
biarkan dia merawat sendiri
luka itu. Akhirnya, aku
hanyalah lelaki ego yang
tak memiliki apa-apa
kerana dia sudah dimiliki
orang lain.


  • to NLAM & MAA
  • aku copypaste je cite nie :)

0 comments: